PROSES KPPB

Panduan Interaktif Merangkai Kursus & Penjajaran OPD

Gambaran Keseluruhan Proses KPPB

1

Arahan

Menerima arahan penggugubalan, jadual, dan lantikan mengajar.

2

Proses Merungkai Kursus (Kejelasan)

Melibatkan pembinaan Rancangan Semester, pemetaan, dan merungkai MK.

3

Proses Merangkai Kursus (Interdisiplinari)

Pemetaan kursus berkaitan menggunakan Backward Design (Big Idea, EQ, WHERE TO).

4

Penyediaan KK

Menyediakan Kmr, JST, soalan tugasan, dan rubrik.

Langkah 1: Pemetaan Kursus

Fasa asas untuk memahami dan memilih elemen kursus yang akan dirangkaikan.

Rujuk Maklumat Kursus (MK)

Meneliti dokumen Rumusan Maklumat Kursus (MK) untuk mendapatkan gambaran menyeluruh tentang kursus.

Pilih HPK

Memilih Hasil Pembelajaran Kursus (HPK) yang relevan dan berpotensi untuk digabungkan atau dikaitkan antara dua atau lebih kursus.

Draf Soalan Pentaksiran

Mendraf soalan awal untuk Pentaksiran Berterusan yang sejajar dengan HPK yang telah dipilih untuk memandu reka bentuk tugasan.

Langkah 2: Big Idea & Essential Questions

Membentuk tema utama dan soalan pencetus pemikiran yang mendalam.

"Jiwa Bahagia Hidup Sejahtera" + "Kaunselor Bukan Main Silap Mata"

BIG IDEA GABUNGAN

"Jiwa Kacau Jumpa Kaunselor"

Proses ini menggabungkan idea-idea teras dari beberapa kursus untuk mencipta satu konsep payung (Big Idea) yang lebih besar dan bermakna, yang kemudiannya diterokai melalui Soalan-soalan Penting (Essential Questions).

Langkah 3: Bukti Pentaksiran

Menentukan cara mengukur pemahaman dan pencapaian pelajar.

Tugasan Pembelajaran

Merancang tugasan prestasi (performance task) yang autentik di mana pelajar perlu mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Ini adalah bukti utama kefahaman.

Aktiviti Kuliah & Tutorial

Menentukan aktiviti formatif (kuiz, perbincangan) yang sejajar dengan kehendak MK dan menyokong tugasan pembelajaran utama.

Evidens Lain (Other Evidence)

Mengenal pasti bukti-bukti tambahan yang boleh menunjukkan pembelajaran, seperti rakaman video, rekod perjumpaan, refleksi, atau artifak digital lain.

Langkah 4: Pelan Pembelajaran (WHERE TO)

Menyusun aktiviti PdP yang terperinci dan menarik.

W

Arah tuju & matlamat pembelajaran.

H

Tarik minat pelajar pada permulaan.

E

Lengkapkan pelajar dengan ilmu & kemahiran.

R

Beri ruang untuk berfikir semula & refleksi.

E

Peluang menilai diri sendiri & rakan sebaya.

T

Sesuaikan PdP dengan kepelbagaian pelajar.

O

Susun atur aktiviti secara sistematik untuk penglibatan maksimum.

Papan Pemuka: 5 Model Penjajaran

Klik model di sebelah kiri untuk meneroka infografik terperincinya.

Student Learning Model (SLM)

1. Belajar Cara Belajar

Memberi pelajar kemahiran untuk memperoleh teknik pembelajaran secara efektif, sama ada dengan atau tanpa bimbingan pensyarah. Ini termasuk kemahiran metakognitif seperti merancang, memantau, dan menilai pembelajaran sendiri.

2. Perhubungan

Mengiktiraf bahawa pembelajaran adalah proses sosial. Hubungan yang positif dan menyokong antara pelajar, pensyarah, dan komuniti adalah penting untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

3. Aspirasi

Pencapaian pelajar dipengaruhi oleh aspirasi, matlamat, dan keyakinan mereka terhadap kebolehan diri sendiri. Persepsi positif daripada orang lain juga memainkan peranan dalam membentuk aspirasi pelajar.

Model Reka Bentuk Pembelajaran (LD)

Rakan Pembelajaran

Siapa: Rakan sekelas, pensyarah, komuniti.
Bagaimana: Tetapkan perhubungan, matlamat & proses kerjasama.

Amalan Pedagogi

Siapa: Pensyarah, pelajar.
Bagaimana: Tugasan, refleksi, strategi pentaksiran (maklum balas).

Pemanfaatan Digital

Siapa: Pelajar, Pensyarah.
Bagaimana: Maklum balas fleksibel, scaffold, dorong inovasi.

Persekitaran Pembelajaran

Siapa: Pensyarah, Komuniti.
Bagaimana: Iklim & budaya, suara murid, bina perkongsian.

3E: Engagement, Enhancement, Extension

Engagement (Keterlibatan)

Fokus pada matlamat pembelajaran, selesaikan tugasan guna alat teknologi, dan terlibat secara aktif.

Enhancement (Peningkatan)

Memperoleh ilmu tambahan dan pemahaman yang lebih mendalam melalui teknologi.

Extension (Perluasan)

Aplikasi teknologi di luar kelas untuk menghubungkan pembelajaran dengan kehidupan seharian.

3R: Rigor, Relevance, Relationship

Rigor

Memastikan pelajar diberikan pengalaman pembelajaran yang mencabar tetapi bersesuaian dengan tahap pemikiran mereka.

Relevance

Membolehkan pelajar mengaplikasikan ilmu dengan lebih baik dengan mengaitkannya kepada konteks dunia sebenar.

Relationship

Mewujudkan hubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar untuk suasana pembelajaran yang menyokong autonomi.

Kompetensi Global (6C)

Sahsiah: Belajar cara belajar, kecekalan, ketahanan, integriti.
Kewarganegaraan: Memahami nilai & pandangan global, minat terhadap kemanusiaan.
Kolaboratif: Kemahiran interpersonal, mengurus dinamika, saling bergantung.
Komunikasi: Komunikasi yang direka untuk audien, koheren, pelbagai mod.
Pemikiran Kritis: Membuat perkaitan, menilai maklumat, pembinaan ilmu yang bermakna.
Kreativiti: Menyual soalan inkuiri, keusahawanan, mengambil kira & melaksanakan idea.

*Setiap kompetensi ini disokong oleh Pemanfaatan Digital.

Kuiz Proses KPPB

Uji pemahaman anda tentang topik ini.

Terima Kasih

Sekadar perkongsian profesional

@nurulainimoshidi2025